Kolej Pra-Universiti (KPM)
Kolej Pra-Universiti (KPM)

Kolej Pra-Universiti (KPM)

Berikut ialah senarai Kolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam di Malaysia.Pelajar lepasan SPM ditawarkan tempat ke Pusat Tingkatan Enam secara automatik bagi melanjutkan pengajian prauniversiti di Malaysia. Pelajar lepasan STPM adalah lepasan pengajian Pra-Universiti paling ramai berbanding dengan yang lain (Matrikulasi KPM, Asasi Universiti Awam, Diploma Universiti Awam/Politeknik Premier dan lain-lain) dalam menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) di Malaysia. Seramai 48,605 lepasan STPM layak masuk 20 UA bagi Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2020/2021 Semua sekali, terdapat 23 buah Kolej Tingkatan Enam melibatkan semua jabatan pendidikan di Malaysia kecuali Perlis, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Labuan. Selangor mempunyai bilangan Kolej Tingkatan Enam tertinggi iaitu sebanyak 7 buah, diikuti dengan Sabah dan Perak masing-masing mempunyai 3 buah Kolej Tingkatan Enam. Pusat Tingkatan Enam pula terdapat 600 pusat tingkatan enam di seluruh Malaysia.